Monday, February 20, 2012

Siri wang kertas baru Malaysia

Tak lama anda semua di Malaysia akan dapat main-main dengan siri wang kertas baru RM1, 5, 10, 20 dan RM100.
Ya, RM20 pun akan digunakan semula.
Yang RM50 dah pun keluar sejak 2009.


Dan syiling/coin baru Malaysia pun dah keluar.

Untuk banknote hobbyist macam saya, berebut beberapa bulan dulu nak beli siri baru tu.
Bank Negara Malaysia - yang selalu saya kritik kerana tak pandai buat duit dengan mengeluarkan silver, gold coin, banknote secara tetap seperti Singapore Mint, Monetary Authority of Singapore dan Perth Mint - rupanya pandai berniaga juga.

BNM keluarkan banyak-banyak siri matawang baru ini dalam pakej buku yang cantik.

Wang baru RM1, 5, 10, 20, 50, 100 jumlahnya = RM186 (enam lembar).
BNM jual dengan harga RM300 = a 61 per cent profit! Pandai Kak Zeti.
Berjuta-juta ringgit depa untung!

Lautan manusia sibuk queue-up tiap hari nak beli di pejabat BNM beberapa bulan lalu.
Seorang yang saya kenal belikan saya dua set buku tu, dengan harga mahal masa tu, RM499. Beliau kata tak mahu tak apa, sebab beliau kena line-up 2-3jam dan hanya dapat beli SATU buku saja - lepas tu kena queue semula jika nak beli lagi satu set!

Saya dapat beli nombor siri yang agak rendah - AA002xxxx. Dan setiap dari enam lembar wang kertas itu nombornya SAMA.
Ada yang beli melalui ebay.com.my dengan harga RM550-600 pun.


KINI harganya dah JATUH kerana BNM keluarkan lebih banyak set lagi dan orang pun dah tak gian benda tu.
Anda dapat beli dengan harga RM375! Cuma nombornya dah mula tinggi: AA 003xxxx, dan AA 004xxxx.

BANKNOTE ni tak macam gold-silver, yang mungkin naik harga dalam setahun (atau mungkin collapse!). Simpan banknote hanya jika anda suka belek work of art yang cantik, dan kongsi dengan orang lain.
Hanay jika wang kertas tu dah masuk tahap Scarce atau Rare, kena tunggu 10tahun woi jika nak naik harga. Paling kurang pun 5tahun.
Matawang BNM ni disimpan dalam plastik cantik. Tak dipegang orang = conditionnya dipanggil UNC = Uncirculated. Atau kerana ada bengkok sikit (BNM tak pandai jaga dengan baik dalam simpanan), mungkin conditionnya ialah AU = About Uncirculated.

PANDANGAN: BNM, please lah. Orang sanggup banyak mahal-mahal sebab mengharap condition matawang tu UNC. Tapi ada bengkok kat tepi atau nampak senget dalam plastik. Please improve.

7 comments:

  1. pokcik, emas / silber berlari naik tangga hari ni

    ReplyDelete
  2. ikut chart, kedua2 logam mulia ni masih main dalam range yg sama, seperti yg saya tulis baru ni.
    belum nak memberi saya semangat nak jual.
    saya masih terus membeli dgn sikit2 mas-perak ni.

    yg bagusnya, orang kini dah mula Tidak Mahu Membeli perak. manusia ni dia tunggu benda tu dah melompat baru ni rush nak beli. lepas tu komplen kenapa logam,saham,kereta,rumah tu mahal sangat.

    ReplyDelete
  3. betul pokcik,pasal org tak mau beli silber la saya 2-3 hari lepas dapat beberapa keping silber dengan rega yang murah, hanya RM111/oz, kebanykan seller tak naikkan rega lagi pasal sambutan pembeli kureng, so mereka willng to let go dengan rega yang rendah asal untung sikit-sikit.. which is good for us.
    saya tengah mengendap nak tembak kijang BNM 1oz ni, susah betul nak cari, kat Meben da sold out berkurun..
    Pokcik ada?saya nak beli rega we sell BNM.. hehe

    ReplyDelete
  4. rm111 = sgd46+, is VERY cheap. well done.
    di spork (kerana ada gst 7pct) nak tahu harga physical silver paling murah, gi ke www.1silver1.com = lihat di bawah Store (silver coins). paling murah kini di temasek sekitar sgd54.

    Collect semampu kita. Esok benda ni meletup baru orang sibuk nak beli.
    Saya dulu simpan 3tahun tak naik banyak, bila dah meletup last year, syok aku.

    Kijang Gold saya tak ada. mahal sangat sebab begitu popular among msians. mesti beli beb! cantik wor dan kerana orang berebut maknanya harga tetap tinggi.
    ada orang offer 1/2oz last week di kl, tapi mahal sangat. pork chic lagi pokai sebab baru holiday.
    but a MUST si kijang ni, utk collector msia.

    di china, mereka collect gold atau silver panda - ikut tahun. di setiap coin tu ada cop tahun bila ia dikeluarkan.
    selepas 5thn (misalnya silver atau gold panda tahun 2007), harganya mula cepat naik!
    sebabnya? ia bertukar daripada BULLION COIN, kepada NUMISMATIC COIN - ada nilai sejarah sebab 'dah lama'.

    ada pula orang collect kookabura atau kangaroo perth mint ikut tahun, atau silver somalia elephant ikut tahun (sila goog). ikut suka masing2. jika tak naik harga dah tunggu tiga tahun tak apa, ia macam investment pun.
    jangan beli hari ini, enam bulan dah nak jual! itu anda masukkan duit dalam ASN, ASB, Tabung Haji, EPF lagi baik.

    ReplyDelete
  5. Saya ada 2-3 ekor panda 2011, ada jugak kook 2012 sikit-sikit.. beli untuk investment, dapat mahal sikit. Panda cantik dan limited mintage jugak.. Sayang nak jual, tunggu 3-4 tahun lagi mungkin bole let go..
    mak aih,kalo ikut website tu scottdale bar tu RM150++, pokcik jangan beli kat website ni lagi, kalo pokcik ada facebook, pokcik join page Silver Lot Shop, derang jual silber murah-murah,contohnya Kook 2012 bole dapat rega RM135-140 bergantung pada negotiation skill. Kadang2 ada bid jugak derang buat. Kebanyakan stok silber saya tikam kat situ aje.

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestttnya bila tiba time raya nnt.. blh le beri pada anak anak nnt

    ReplyDelete
  7. esh! duit mahal-mahal gini tak boleh bagi anak-anak.
    yg jenis ni kita bagi kat Datin Seri dan Tan Sri. nak ambil favour - esok karang dapat kontrak u!

    anak-anak kita bagi duit lama rm1x2 cukup lah! :-)

    ReplyDelete