September lalu, collector perak seperti saya pingsan.
Harga perak, diukur mengikut Daily Fixing di London, jatuh di BAWAH 14-day Moving Average.
Dan, lebih teruk, di BAWAH 200-day MA (moving average).
Adoi, sakit bro.
Ikut bahasa biasa - kita kena demam dan rasa diri paling lemah dalam 14 hari (sejak dua minggu lalu).
Itu tak teruk sangat berbanding kita rasa lemah badan ni paling teruk dalam enam bulan (200 hari).
Jadi jika jatuh ke bawah paras 200-day moving average tu, sangat sangat al-teruk, nak dekat al-kiamat ikut Charts kerana payah nak pulih = kat sini kena nyanyi lagu Alleycats 'Andainya Aku Pergi Dulu'.
Itulah kali pertama perak jatuh ke bawah 200-day MA dalam setahun-setengah.
Tak terkejut sangat jika Daily Fixing jatuh ke di bawah 14-day MA, tapi ia terus kena bantai ke bawah purata harga-bergerak 200-hari.
KINI, setelah enam bulan, perak minggu lalu akhirnya muncul dari air longkang. Whew.
GRAFIK ATAS: Line Merah (PM=precious metal) tu baru muncul DI ATAS Line Biru (14-day MA) dan lebih penting, DI ATAS Line Hijau, 200-day MA.
A bullish signal.
Lihat dulu, selepas 5Sept, hancus Perak jatuh ke bawah Line Biru dan Hijau.
TAPI, pasaran yang baru pulih ni sama macam kita baru sakit seminggu masuk hospital (apa lagi jika enam bulan masuk hospital macam si Abang Perak). Belum pasti sama ada akan terus sihat, atau akan masuk longkang semula.
Tapi nampaknya terus dan terus kukuh dua-tiga hari ni - akibat Abang Emas pun naik kerana tensions Iran-Israel, bank-bank Eropah dapat duit nak selamatkan diri, dan ekonomi US pun katanya tak seteruk yang disangka.
MALAM SEMALAM (Selasa, di US and London), Perak lompat 4peratus! Dan Emas 0.9 peratus.
Dulu pada Sept 2011, silver terkejut jatuh kerana Abang Emas jatuh setelah lonjak ke harga rekod - paling tinggi dalam sejarah emas - sekitar Puasa-Raya.
----------------------------------------
NAK TAHU ARAH EMAS? GOOGLE TRENDS!
Ini satu cara yang digunakan orang untuk tahu nak beli atau nak jual Emas.
Jika kamu nak percaya. Ini cerita orang, tak nak percaya tak apa = sama macam ada kata BN akan menang atau Pakatan akan menang. Tak nak percaya tak apa.
Tapi interesting cara mamat ni mengolah isu.
Dan cara beliau kaji Charts emas.

0 comments:
Post a Comment