Sunday, January 22, 2012

CHARTS - emas kukuh, perak masih lemah

Dah lama tak tengok technical charts emas dan perak, setelah keduanya jatuh merudum pada September, diikuti dengan kejatuhan Disember.

Saya tak pandai ler baca chart ni sangat, tapi sebagai umum ikuti 200-day MA (moving average) dan 14-day MA.


EMAS

Jika ikut kaedah itu, emas dah kukuh kembali dan ada harapan naik - tak semesti naik cepat, tapi harapannya agak nipis nak jatuh macam bulan lalu. Ini ikut technical reading.



Yang Line Merah tu ialah daily London Fixing. Setiap hari sebelum trading di London, dan setelah lunch, lima floor dealers terbesar di sana buat agreement, 'OK, hari ini kita nak fix harga average kat mana?'
Harga tu jadi reference point untuk pembeli dan penjual lain.

Teruk Line Merah naik turun gunung setiap hari. Very volatile.


NAK TAHU KUKUH ATAU MASIH LEMAH?
Kamu lihat pula Line Biru (20Jan) - ini harga purata selama 14 hari, ditukar setiap hari puratanya, dengan mengambil kira harga tutup semalam - 14days of closing prices, setiap hari ditambah harga tutup semalam dan dibuang harga tutup 15hari lalu. Jadi dapat 14-day average closing prices.

Harga 14-day MA ni juga naik-turun bukit. Tapi lebih smooth sebab ia harga 14-hari, bukan harga harian macam Line Merah.

Kita boleh nampak bahawa Line Merah (harga tutup harian) berada DI ATAS Line Biru.
The Gold daily closings have managed to stay above the 14-day MA. Ini sign yang bagus.

DAN lebih cantik lagi, kita lihat pula Line Hijau. Ini reference point yang lebih baik lagi - 200-day moving average = harga purata lebih enam bulan.
Dan di sini juga, Line Merah (daily closings) berada Di ATAS Line Hijau.

WOW. Maknanya Emas ni harganya dah stable. Tak bermakna ia akan terbang, tapi agak payah (jika ikut technicals) ia akan jatuh.

BANDINGKAN dengan Disember - Line Merah jatuh KE BAWAH kedua-dua 14-day dan 200-day MA. Ouch, a very bearish signal.

UNTUK ANDA: Jika kamu nak tunggu harga lemah sebelum membeli, mungkin dah terlambat. Kena terus beli kat sini. Support price sekitar US$1,620/oz.


PERAK

Ikut kaedah yang sama, terus lemah!



Line Merah - ia DI ATAS 14-day moving average. Jadi tak teruk ler sangat. Nampak support pricenya sekitar US$30/oz (20Jan).

Tapi aduhai, jauh sungguh DI BAWAH 200-day MA! Mamat Line Hijau tu di US$36! Man oh man.
Jika Perak nak bertukar daripada muram kepada senyum, kena atasi US$36. Omputeh trading kata, itu technical resistance harga perak.

UNTUK ANDA: Kamu beli sekitar US$30 dan bila sampai 35, jual beb!
Nampaknya trading range Silver - jika ikut kaedah simple saja ni - ialah antara 30 dan 36.
So not too late to buy lots.

DAN JIKA IKUT DESAS-DESUS: Orang dah mula muak dan malas nak beli perak. Dah ramai mula kata 'tak guna aku beli, sangkut kat situ'.
Ini saya dapat daripada feedback yang kerap di baca di Forum-forum perak, blog dan news.
Best! Orang tak mahu tu lah, masa kita beli!
Jangan macam emas dulu - dah naik ke rekod US$1,800 orang berebut nak beli!

OK babes, ini ngobrol kosong saja. Saya tak ada lesen nak bagi anda investment advice. Cuma suka bual kosong lihat pasaran yang saya gemari.

2 comments:

  1. Saje nak share ngan pokcik, dalam sotkabar yang dibenci oleh anuar ibrahem dan gengnya baru-baru ni, ada pembaca komen, mengeluh pasal rugi beli silber/emas ni, agaknya dia tak buat case study kot, beli ikut ikut orang jah...
    Kesian kat dia pon ada, nampak seolah2 dia ni tak banyak membaca, beli salah timing, nak jual balik pon salah timing. ejen yang menjual emas kat dia pong tak eksplen lebih2..

    http://www.emaskini.com/2012/01/pelaburan-jongkong-emas-merugikan/

    ReplyDelete
  2. bro, tx for the link!
    kalau baru beli hari ini, 3-4bulan nak jual memang rugi. malah jika kurang 2thn nak jual, harapan besar akan rugi.
    beli silber/mas ni patut dilihat sebagai long term investment. jika kamu nak gunakan sebagai speculative instrument, lebih baik kamu main currencies.

    dan lagi, setelah membaca ceritanya: pulak!
    yg kamu nak jual kat kedai mas tu apasal!?!?!?! tentu harganya rendah.

    harga lebih baik jika dijual di ebay. kena arrange nak post benda tu (takut mamat tu tinggal di taiping mahupun london).
    jika tak tahu atau lece nak pos, buat arrangement awal (letak dalam kolumn penjualan anda di ebay): Not for overseas buyers. Only direct collection at Sri Rampai LRT station, atau in Metro Kajang, misalnya).

    Memang jika jual kat kedai emas harga paling kurang ialah 15 peratus di bawah harga pasaran, sebab apek tu nak jual balik kpd orang lain, takkan dia boleh jual lebih dari harga pasaran? jika harga pasaran rm4,500 satu ounce, dia kena beli 15peratus paling kurang di bawah harga itu. agar dia dapat jual dgn harga rm4,500.

    dan kena sabarlah. mungkin Timing beli salah. jika salah, kena BELI lagi bika harga jatuh, bukan terus nak jual.
    jika beli harga rm200 per gram, lepas tu harga spot jatuh kpd rm150, maka kamu kena BELI lagi jika nak Average Down. makin jatuh makin bagus kerana dapat BELI lebih.
    janga jual pulak bila harga sedang jatuh.

    jika tak mampu nak main gini, jangan masuk beb. main sinoman lebih selamat. atau letak dlm ASN atau ASB. masukkan dlm EPF pun ok, gerenti dapat pulangan 4-5pct setahun.

    masuk pasaran silber/mas ni utk orang yg boleh bertahan lama. jika kamu beli tahun ni dan harap januari 2013 dah boleh jual dgn untung banyak, nak beli kasut buku anak sekolah, kantoi kamu.
    sebab tak ada gerenti seperti ASN ASB.

    ReplyDelete