Thursday, December 22, 2011

Emas, perak turun bukit

Seperti biasa, ini cerita kosong pork chic. Bual kosong kedai kopi.
Saya tak ada financial advisory licence, jadi jika kamu beli dan kalah duit lepas ni, jangan pula report, mampoi aku kena lokap.
Jika saya ada lesen seperti itu, kamu kena bayar US$1,000 nak baca cerita bawah ni.
Kamu baca percuma, jadi jika wrong advice, jangan ler saman pork chic pulak. Nanti saya kena lelong koleksi emas dan perak saya kerana nak lawan kamu di mahkamah pulak. Baca dan seperti biasa, nak hentam atau nak tertawakan, suka hatilah nak. Pork chic suka tulis ni sebagai hobi saja.

Okay, start of free lesson, readers beware!


Kedua terbesar: China.
Ketiga: Jepun.
No.4: Jerman.
No.5: Perancis.

(Di Asean, ekonomi terbesar, di kira ikut GDP = pengeluararan negara, ialah Indonesia.
(Ia diikuti Thailand, Malaysia dan Singapore. Tapi ada kata, menurut data ekonomi terbaru Singapore, dibantu oleh dua kasino dan chemical, biomedical sub-sector, kini lebih besar daripada Malaysia).

Bila ekonomi-ekonomi besar di dunia ini boom, maka mereka membeli banyak barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di dunia - kereta, TV, mobile phones, makan di restoran mahal (import daging dan ikan, gula dan kopi-teh, beer), gi holiday luar negara naik pesawat dan masuk hotel, beli kondo mewah di (ahem) Orchard Road.
Ini seterusnya mengembangkan ekonomi negara lain.

Kedua-dua Malaysia dan Singapore buat barangan elektrikal elektronik yang digunakan dalam kereta, TV, mobile phones, komputer (malah dalam washing machines, ovens, table phones dan fridge pun kini banyak microchips).
 Bila rakyat negara besar bercuti seramai berjuta-juta di luar negara, sektor perkhidmatan (services sector) seperti hotel, restoran, pesawat dapat untung. Juga penjual baju dan kasut, berlian dan beg di klcc dan chow kit, orchard road dan chinatown spore.

 Kapal dan pelabuhan, sebahagian daripada services sector, sibuk hantar barang (makanan, kereta, electronic parts, buku yang diorder melalui Amazon.com) ke sana sini.

a) TAPI KINI ekonomi USA dah jadi ekoNOmoney.
Unemployment koyak rabak.
Politik langgar tembok - dan Nov 2012 ialah Presidential election, maknanya mereka (Obama lawan Republicans) akan sibuk berpolitik tahun depan, daripada nak cuba pulihkan ekonomi.

b) CHINA pula sedang ketakutan kerana nak kawal inflasi harga flat dan apartment, telah ketatkan peminjaman wang dari bank (raising interest rates, bank reserve requirements etc). Harga rumah di China dah mula jatuh teruk di sebahagian bandar. Saham China pun dah kena gigit ular.
Ini mengurangkan 'rasa kaya' mereka - the feeling of wealth yang kita rasa setiap hujung bulan.

c) JEPUN, dah 20tahun ekonomi segan nak tumbuh, kena pula gempa-tsunami-nuke plant problem. Walau terjadi di luar Tokyo, kawasan yang kena itu ialah industrial area mereka.
 Lepas tu, Bangkok pula banjir besar - tenggelamkan factory keluaran kereta Honda, Toyota, Nissan etc. Japanese companies' main production areas for cars in Asia are in Thailand.
Malah juga tempat utama Jepun keluarkan TV dan kamera, phones dan barang elektronik lain.

INI THEORI SAYA SENDIRI (kemungkinan besar, salah) = Kamu lihat - ada tak sejak kebelakangan ni keluar kereta baru Honda Toyota Nissan dari Jepun?
CRV, Civic, Altis sepatutnya dah ditukar model baru pun. Tapi dah lebih lima tahun tak berubah (Altis ada upgrade sikit 3tahun lalu). Lexus pun dah bertahun tak diupgrade model baru.
Economic engine Jepun, saya rasa, has been disrupted badly by the quake-nami-nuke dan bah Bangkok.

d) JERMAN dan PERANCIS sibuk dengan krisis Euro. Mereka berdua ni the biggest Eurozone economies.
(Britain ialah sebahagian daripada Europian Union, tapi bukan member Eurozone, sebab tu masih pakai sterling).
Salah silap tenggelam France ni, sebab risiko bondnya dah meningkat (bond ni ialah hutang piutang negara. Bayangkan kita nak pinjam wang nak besarkan kedai makan kita. Tapi bank kata - Tuan, dulu saya bagi pinjam kadar 5peratus setahun. Kini sebab kedai tuan nampak dah layu, saya akan pinjamkan dengan kadar 7peratus).

INDIA, dulu dengan China, ekonomi yang paling pantas berkembang seantero dunia, kini juga hadapi slowdown.
Selain kurang global demand, negara itu kini sedang heboh demo-memo-gaduh tentang corruption. Bukan benda baru corruption ni, tapi jika dah kebas berbilion tu, orang fed-up. Hingga sistem politiknya jadi gridlock -kecoh dalam Parlimen, susah nak bergerak.
India, maaf kata - tidak seperti Singapore dan Malaysia - ialah antara the biggest suppliers of English-speaking engineers dan journalists, malah top executives di dunia. Ia juga negara backroom operations, outsourcing centre, di dunia. Tapi kini baru kalah dengan Philippines!


MINAT BELI GOLD, SILVER TURUN

KERANA pelbagai masalah sedunia inilah maka Emas dan Perak tak berkilau macam enam bulan dulu.
Enam bulan lalu, orang kata - Amerika, Europe goyang tapi ekonomi China sihat lagi, Jepun pun nampaknya okay. Jadi logam mulia tetap tinggi.
Kini semua dah nak tenggelam.
Malah bond Amerika lebih selamat, nampaknya, berbanding dengan bond negara Eropah. Hanya enam bulan lalu, orang ramai lari daripada bond Amerika.
Tapi kini, dah jual Euros, dan beli balik US Dollars.

Mereka juga membuang Emas, sebab inflationary worries dah kurang.
Bila ekonomi dunia kencang, maka banyak orang beli itu dan ini, merancakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, lalu menaikkan inflasi.
Dulu Malaysia tahun 1998-2000, ekonomi lemah, harga rumah pun menurun, orang macam saya pun takut nak makan luar sebab takut kena buang kerja kurang wang
simpanan.



~EMAS~
 1) Emas ni selalunya menjadi rebutan Pasaran Kewangan bila ada kekhuatiran tentang inflasi.
Jadi kini, masalahnya terbalik (walau di negara kecik Singapore, Malaysia harga rumah terus naik) - the world economy is in a slowdown.
Dan orang lebih rasa selamat beli US Dollar kembali - dulu emas lompat daripada US$1,200 an oz to US$1,800 sebab orang rasa American Dollar nak collapse.

2) Lagi satu kegunaan Emas (selain jadi inflation hedge oleh Pasaran Kewangan), ialah yang dipakai mak datin, makcik dan mak we. Yang itu, tetap naik Retail Demandnya.
Di dunia negara yang paling banyak beli emas ialah India dan China.
Ini terus naik. Tapi jika wealth creation lemah, maka ditakuti pembelian harta emas juga jadi lemah.

3) Apa pun, emas akan terus jadi Ultimate Store of Wealth.
Ini sebabnya saya kata, masa dah tiba untuk anda mula membeli emas semula.
Walau chart emas pun tengok lemah (ie unlikely to Rise much), ia nak jatuh banyak pun nampaknya susah.
Walau tak ada inflasi, wealth creation dunia (secara umum) dah lemah berbanding setahun lalu, emas akan terus diminati jika ada apa saya label 'world shocks' dan 'global uncertainty'.
 Antaranya kenapa emas terus di US$1,600/oz, bukan jauh lebih bawah, ialah world shock dan global uncertainty yang berlaku sejak beberapa tahun lalu - harga minyak melonjak (terus dekat dengan harga US$100 satu tong), US Dollar tak sangat dipercayai, dan Euro goyang. Juga tahun lalu - Arab Spring (menakutkan pengeluaran minyak jika Telok Parsi meletup).




~PERAK~
1) Perak ialah the poor man's gold. Apabila harga emas dah melambung, maka Pasaran Kewangan/Financial Markets (bukan Retail Demand) akan membeli silver sebagai shadow play untuk gold.
Itulah yang dari dulu lagi terjadi kepada perak.
Bila emas dah naik bukit tinggi, adiknya si perak akan mengejarnya dengan cepat. Malah lebih cepat perak akan panjat bukit berbanding emas. Omputeh kata Overbought.
Jadi bila emas jatuh, seperti sekarang ini, maka perak akan tergolek dengan cepat lagi juga. Omputeh kata Oversold.
Harga perak lebih volatile berbanding emas.

2) Tidak seperti emas, perak BUKAN Ultimate Store of Wealth (USW)
Perak juga tidak dilihat seperti orang zaman dolu hingga kini pandang Berlian/Diamonds = yang juga dilihat sebagai Second Ultimate Store of Wealth.
Jika kita dikejar polis atau nak sembunyikan harta daripada income tax, apa yang palling selamat? Iaitu harta yang kita nak simpan dalam vault di Swiss bank?
Emas, Perak dan Bearer Bonds (bon yang payah nak dapat kini. Ia dijual beli tanpa perlu register nama pemilik. The bearer of the bonds collect the payouts).

Yang BUKAN USW (pandangan peribadi pork chic):
- Saham (kamu beli hari ini, simpan dalam peti 10tahun, mungkin ia naik, mungkin collapse). Mungkin anda kata saham Apple dan Google pasti OK, tapi 10 tahun lagi belum tahu!
- Bond biasa (Corporate Bonds keluaran, misalnya, Tenaga Nasional mahupun bond Dell. Dan bukan juga Sovereign Bond seperti bond keluaran kerajaan Malaysia mahupun USA). Kenapa bond begini tak bagus untuk perampok? Sebab sebagai pemilik anda kena register nama anda jika nak collect payout setiap quarter/halfyear/annually.
 - Kondo mewah, tanah, rumah landed mana pun. Walau harapan besar akan terus naik harga, tapi Impossible kamu nak sembunyikan harta ini - kena register nama beb! Eh! Datuk Sapi rupanya ada kondo di Singapore! Ah kan, nak sembunyikan kat mana?

- Rare art pieces atau paintings. Ini syiok dan sebenarnya hampir boleh jadi USW. Kerana boleh disembunyikan dan mudah dibawa terbang sana sini.
Tapi ini USW untuk superkaya ler.
Orang macam pork chic takkan mampu beli Picasso atau Ming dynasty vase atau ancient Mesopotamia coin?

Orang macam kita mampu 5 gold coin dan sekantung diamond, dah banyak benar tu. Dan mudah dibawa untuk cross borders tanpa kena check immigration.
Dan tak ada diregister atas nama kita = mudah nak dijual.

Tapi jika beli saham Tenaga dan Apple lepas tu nak jual, kena de-register, maka nama kamu akan muncul (jika sembunyi dari authorities).
Gold dan diamond boleh dijual sedikit-sedikit di kedai dealer, kedai emas di mana saja pun di dunia.
No questions asked 'kamu dari mana' - asal kamu tak cuba jual 20 coin emas atau 20 ketul diamond sekaligus (saya tak kumpul diamond sebab tak faham nak bezakan antara berlian yang harga berjuta dengan kaca biasa).

Perak juga, BUKANnya USW.
Tapi ia hanya shadow play dan little brother kepada emas.

3) Perak juga ialah industrial metal (seperti copper, aluminium, lead, zinc).
Sebab itu juga harga perak hari ini terlungkup.
Sebab semua ekonomi besar dunia dirasa akan slowdown.
Maka akan kurang kegunaannya nak buat kereta, enjin, electrical dan electronic products etc.
Emas BUKAN industrial metal.


ACCUMULATE (pandangan peribadi)

MAKA atas sebab-sebab di atas tu, saya rasa dan teruk kena bantai emas dan perak ni sejak 3-4 bulan kebelakangan ini.
Jika baca technical charts, maka kedua logam mulia ini masih ada kemungkinan terus jatuh sikit lagi (mungkin jatuh kepada US$1,500 untuk emas, dan turun ke US$26/oz untuk perak).
Tapi jika dapat bonus hujung tahun ini, belilah sikit. Mula kumpul.
Dalam investment terms, there is Buy, there is Accumulate.
'Buy' selalunya bermakna beli sekarang. 'Accumulate' maknanya beli bila harga harian jatuh sikit. Jatuh sikit, beli sikit.

- CUMA jangan hanya beli logam mulia pulak. Diversify your investment.
- Nampaknya saham pun dah teruk kena bantai. Jika anda mula baca di TV3 atau CNN bahawa orang makin gerun dan terus gerun saham, itulah masanya nak beli. Cari saham yang dah jatuh teruk tapi bagi dividen tinggi.
- Jangan dulu beli rumah di Singapore dan Malaysia - masih tinggi harganya. Lainlah jika perlu nak tinggal sebab baru kawin.
- Saya nak suruh beli bond (corporate bonds ada dijual di Singapore), tapi saya belum baca detail lagi dan mahal juga. Coin dan bar emas, perak ni kita boleh beli kecik-kecik.

TAK mampu beli emas beribu-ribu ringgit, tak apa. Saya baru dua hari lalu beli emas kecik-kecik -1gram Singapore dragon harganya S$93 (RM232).
Dan 3.1g China Panda dengan harga S$320 (RM768).
Saya tak beli silver sebab masih banyak dalam almari, dan tak ada orang jual secara retail sejauh ini, sebab harga baru jatuh teruk.

Jika anda belum mula beli perak, BUY! Dah terlalu rendah ni.
Antaranya, cuba cari dan compare harga di ebay.com.my (ebay Malaysia), nubex.com.my atau silveray.lot.my.

Cari yang mudah nak jual di mana pun - Perth Mint kookaburra and koala coins, American eagles, Canadian maple leaf coins. Sebagai permulaan, jangan dulu beli perak dirham. Takut susah nak jual, sebab yang beli hanya umat m. Esok kamu di London atau New York, tak boleh jual benda ni.

AMBIL beberapa minggu nak compare harga. Jangan terus beli.

UNTUK saya di Singapork, saya refer kepada website ini untuk tahu harga termurah pasaran di Temasek = 1silver1.com dan silverbullion.com.sg. Anda pun boleh lihat dan compare dengan harga di Malaysia. Malah anda boleh order dari website ini.
 
Untuk emas senang saja - beli di kedai emas.

2 comments:

  1. Harga emas baru 50% dari harga tinggi 1800 - 1400 = 400 / 2, 1400 + 200 = 1600 kebiasaannya akan menguji 68% = 400 - 68%(272) = 128, 1400 + 128 = 1528, kat sini baru kita dapat lihat ada yang support tak +- lebih kurang kat 68% tu, kalau tak de, ada harapan ke 1400 kembali.

    ReplyDelete
  2. Bersyukur saya ada expert bagi penjelasan secara detail tentang two-third retracement ni.
    Terima kaseyyy.

    Tapi kerana dah retrace 50 peratus takut pula ia rebound sedangkan kita belum beli apa-apa.
    Greed and Fear, itulah permainan pasaran yg saya pernah ngobrol beberapa kali.

    Silver chart pula bagaimana tuan?

    ReplyDelete