Tuesday, November 29, 2011

Chinggis, Timur, Babur & Mughal



ATOK MOYANG SAYA?

Hee. Bila saya mention Mughal, saya selalu kata mereka atok nenek moyang saya. Sebenarnya saya tak ada bukti atau family lineage yang menunjukkan ini benar.
Jangan pulak salah sangka - saya cuma kata secara umum. Not literally, bahawa saya cucu Mughal kaya, kini jadi wartawan merempat kat negeri Cheena kapir harbi.
Sama juga semua orang Melayu boleh kata Hang Tuah dan Hang Jebat, Dang Anum dan Dang Wangi semua atok moyang kita.

Cuma ada yang menarik tentang nenek saya, yang datang dari India semasa kecil - beliau berasal dari Pulicat.
Beliau pernah citer bahawa jika orang panggil beliau "pariah", beliau kena mandi bunga dan mandi susu. Sama ada ini bermakna beliau ada royal blood, atau semua orang India masa itu kena mandi buang balak jika dipanggil begitu, saya tak tahu.
Saya kecik masa tu, jadi tak tanya lanjut.

Tapi tentunya syiok bila kita ngaku kita keturunan raja Mughal dan hulubalang Melaka. Better than saying atok moyang aku dulu jadi hamba sahaya dalam istana Mughal, dan pekebun di rumah gedung Hang Tuah. Rilek ah, Joe :-)

-----------------------------------------------------

SYIOK pulak masuk citer perang-perang hero dan villian manusiawi lama! Citer King of Kings.
GAMBAR: Samarkand, the city of blue domes.

Kebetulan, saya bila ada book sale selalu giler beli banyak-banyak, lepas tu perap kat almari atau shelf - kadang bertahun tak baca!
Seminggu lalu, setelah habis baca buat *Kali Ketiga, buku Elephant Song tulisan Wilbur Smith (penulis No.1 saya, yang menulis tentang continent favouritenya Afrika), saya terkapai nak cari buku lain. Wilbur dilahirkan di Northern Rhodesia, kini Zambia.

[*Setiap kali habis baca buku yang saya suka, saya tulis dengan pencil di depan haribulan saya habis baca, dan apa yang sedang berlaku masa itu. Jadi buku tentang the fight for ivory and elepahnts in Africa tu saya tulis:
i. kali pertama Nov 2, 1999, di KL. Reformasi hot (Dec 1999 Mahathir panggil general election!).
ii. kali kedua Dec 23, 2002. Baru balik dari Kota Baru - Umno adakan konvensyen di KB. Saya interview PAS YB Takiyuddin (up-and-comer masa tu).
iii. Nov 20, 2011. Saya di Singapore, anak jantan baru selesai NS bulan lalu.
Times of my life. Pork chic giler. Dah conteng-conteng gini, buku payah nak dijual].


CARI punya cari, ternampak sebuah buku yang saya beli entah bila, entah di mana - kalau tak salah beli dalam jumble sale yang diadakan di opis saya The Straits Times.
Buku penulis yang tak pernah saya baca, dan buku yang saya lupa saya ada.
Saya beli buku itu tentunya kerana titlenya ingatkan atok-moyang saya. Bertajuk Empire of the Moghul - Raiders from the North.
Buku ini tulisan Alex Rutherford.


Wah, cerita Moghul. Atau Mughal, Mogul.
Cerita lama saya tentang conqueror of India - musalman keturunan Genghis Khan dan Tamerlane, serta dan pembina Taj Mahal di sini, sini dan sini.
Juga pameran kemegahan Mughal di Singapura.


PENULIS 'baru' yang nak masuk dalam radar kita, biasalah. Jika tak bagus dalam pendapat kita, akan kena buang gitu saja walaupu hanya baca beberapa lembar.
Buku ni nampaknya best!
Cerita oleh Rutherford ni tentang BABUR.
Untung saya sebab ia bersiri Lima buku.

Siapa tu Babur atau Bobur?

Cerita short-cut:
1) Genghis Khan (atau Chinggis Khan) keluar dari negara gunung Mongol lalu conquer kawasan kelilingnya. Zaman atok moyang kita, ramai orang lapar, dan mereka suka serang kawasan kiri-kanan nak besarkan negeri, dapat lembu dan harta.
Kalau tak perang pun, disatukan dengan cara direct-nego. Lihat saja Negeri Sembilan = negeri kecik yang dulunya ada sembilan negeri. Zaman dulu, satu dua kampung yang bersatu pun boleh digelar negeri dan empayar.

Chinggis mati setelah empayarnya besar (biggest empire in the world, in his time). Anak-cucunya sampai ke Baghdad dan tewaskan empayar Islam (Abbasiyah, Abbasid kata omputeh).
Baca cerita bagaimana Mongol hancurkan empayar Islam ni = semua library dibakar = sayang, sebab masa tu saintis moslem top.
Bagaimana di bawah pimpinan Hulagu Khan, dengan alliance Crusaders, bunuh 200,000 hingga 1juta manusia di Bahgdad. Mereka bakar Baghdad dan malapkan Islam.
Jika umat m bodoh bongok tentang science dan research berbanding zaman dolu, ia kerana Baghdad dihancurkan. Semua buku dibakar, semua orang dibunuh, bandar dibakar hangus. Zalim giler Mongols ni.
GAMBAR: Chinggis di matawang Mongolia. Gambar belakang - Ger (khemah di raja) yang ditarik oxen.

Bila Bush-Cheney-Ramsey dulu nak serang Baghdad selepas peristiwa 911, mereka gunakan label "crusades" - yang lepas tu ditarik balik, konon Bush tersilap cakap.
Mereka jangka, mereka dah tawan Jerusalem dan tampal Israel kat situ. Kini nak tawan old moslem capital Baghdad, dapat mereka malapkan semangat Islam. The old seat of the Islamic empire.
Ini Conspiracy Theory saya, pembaca sejarah, yang nampak terang taktik mereka ni.
Cuma mereka silap sebab Baghdad dah lama tak jadi pusat pemikiran dan politik Islam. Sama ada kita setuju atau tidak, Islamic leadership dan thinking (sama ada jumud atau ketinggalan, itu cerita lain) dah berpindah ke Riyadh, Teheran dan Ankara. Dulu berhenti kejap di KL tapi kini dah pupus.

Lihat Youtube: Bush kata "This crusade, this war on terror, is going to last a while..." Slip of tongue? Atau terluah niat di hati?

TAPI penghancuran Mongol dan Bush ke atas Baghdad ni, is nothing personal, only business. Jika Abbasiyah dan musalman kuat, mereka tentu akan ke Mongolia dan USA dan conquer puak tu.
The law of the jungle, might is right, is still in use today.

2) Berke, cucu Genghis yang masuk ke Central Asia (Samarkand, Afghanistan, Iran, Baghdad hari ini. Central Asia kini Uzbekistan, Tajiskistan, Kazakstan = di mana Imam Bukhari dilahirkan, di bandar Bukhara) masuk Islam.
Berke diikuti oleh saudara mara Genghis yang jadi mohammedans juga, termasuk Uzbeg dan Ulus Khan yang memerintah empayar yang dinamakan Golden Horde.


GAMBAR: Panji empayar Golden Horde (now you know where the "islamic crescent" kat bumbung masjid tu came from, eh). Kamu ingat Pak Ngah kat Kelantan yang design?
Crescent as a flag symbol for Islam juga digunakan oleh pak arab di Baghdad, dan juga empayar Seljuq Turks dan Ottoman Turks.


Golden Horde (atau kesultanan Kipchak mongol) ni sebahagian daripada Ikhanate (diperintah Khan) zaman itu = di mana cucu-cicit Genghis buat pelbagai empayar.

Kamu bayangkan: Perangai bengis Mongol yang dah conquer 2/3rds of known world, lepas tu masuk agama Islam. Baik Islam atau Kristian zaman itu, mereka percaya agama harus disebarkan dengan perang. Conquer or be conquered. Convert or die. Teringat cerita 'Aminah' mongol yang meletup di belukar Shah Alam.


3) Setelah moslem-mongol ni berkembang di Central Asia, lahirlah Tamerlane = nama sebenar Timur e-Lang, Timur the Lame. Paklong Tempang.
Lagi musalman yang bengis. Beliau dipanggil Amir Temur oleh rakyatnya = Chief Timur (GAMBAR ATAS: Uzbekistan coin sempena kehebatan beliau).
Agaknya jika kita di Singapore Malaysia ni ada pemimpin bengis gini bagus, orang segan nak perlekeh agama kita. The nearest kita ada sebagai Timur hari ini ialah mamat ketot Ibrahim Ali. Hahaha.


Begitu bengis dan terkenal mamat tempang ni (Timur, bukan Tok Him), hingga semua cucu-cicitnya begitu bangga menyatakan "We are Timurids" = Kami cucu-cicit Timur.
Semua empayar (atau kampung) keliling kawasan central asia tu, biasanya kena ada seorang Timurid sebagai pemimpin. Mereka jadi keturunan elite, tapi suka gaduh sama-sendiri.
Ahem, anak Kak Mah kini nak kawin Kazakh dari kawasan Timurid. Ada darah Timurid juga.
GAMBAR: Panji perang Timur. Three planets aligned together, gives the Great Khan his power!
Mamat mongol-parsi-turko keturunan mereka ni walau moslem, kerana tak ada Nik Aziz dan Harussani Zakaria, percaya dengan astrologers (ahli nujum), minum wine dan banyak simpan pompuan (eh, eh, sama pulak dengan mamat ameno dan pkr). Nanti saya check mereka ada yoga dan buat poco-poco dance tak masa tu.
GAMBAR: Makam Tamerlane, wang Uzbekistan.


4) Lahir pula Babur, seorang Timurid.
Buku Rutherford yang saya baca ni menceritakan kisah Babur (atau Bobur) = facts campur fiction, macam buku citer lain.

Tidak seperti emperor/king/sultan lain, Babur ada tulis DIARI!!!!
Mamat ni kalo tinggal zaman kita agaknya ada Blog dan juga Twitter akaun.
Tulisan Babura tentang cerita hidupnya dinamakan Baburnama.
Itulah yang jadi basis buku Rutherford.
Capital Babur ialah di Samarkand, tapi beliau Tiga Kali menang dan kalah Samarkand!!! Lalu calibut lari ke bandar Timurid lain, Kabul.

Babur ini, yang dibenci rakyat central asia, lalu menyerang ke selatan dengan meyeberangi Indus River masuk apa yang kita panggil hari ini Pakistan dan India. Beliau masuk Delhi (masa tu banyak negeri-negeri kecik di bawah control Muslims kings, Hindu kings, Timurids).

Sultan-sultan di India sebelum diserang Babur membina Qutb Minar.


GAMBAR: Qutb Minar dan makam yang terletak di sebelah Qutb Minar, Sultan Shams-ud-din Iltutmish, sultan Delhi. Bulan puasa, September 2007. Iltutmish yang selesaikan pembinaan Minar ini.

Bayangkan teknologi kita zaman dulu! Dah 800tahun lebih. masih tegap.
The tallest freestanding stone structure in the world, even today.
Setinggi 72.5m, menara yang dibina TANPA besi, hanya gunakan BATU.

Dari mana datang perkataan Melayu "menara"? Saya teka dari perkataan "minar".

BUT WAIT! How the heck did the moslems of old build this tower without using metals?

Dekat Qutb Minar ni ada beberapa lagi menara usang yang tak sempat siap. Boleh nampak dalam tiang ni - orh, mereka pack batu dan tanah, entah apa lagi, lepas tu terus bina ke atas. Pandai architect dan engineers dulu ni!

LIHAT GAMBAR BAWAH: Unfinished tower shows inside material typically used to build a huge tower like Qutb Minar.

BALIK kepada cerita Babur.
Keturunan Babur inilah yang dinamakan Mughal, pembina Taj Mahal.
Tapi kerana tak baiki teknologi, leka dengan kuasa, sibuk buat harta - termasuk membina palaces dan makam bini Taj Mahal, maka bila British masuk India, hancus. Lepas tu India dilepaskan kepada bangsa lain, kamu merempat di Pakistan dan Bangladesh.


KINI, kita tak pandang pun tempat bernama Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Afghanistan, Pakistan, Go-head-go-stan. Tak kisah pun di mana bandar Imam Bukhari, bandar Samarkand di mana Amir Temur hidup.
Tanpa teknologi dan kepimpinan yang baik, tempat-tempat ni lama dah dijajah Soviet dan Russia, serta jadi rakyat yang ketinggalan zaman. The Silk Route is long gone.

GAMBAR: Sultan Babur, the first Mughal king, sedang buat blog posting di diari beliau, Baburnama.

4 comments:

  1. peminatsejarahDec 2, 2011 07:17 AM

    menarik. sayang sekali kerajaan mughal runtuh dan merosot selepas kematian Aurengzeb.

    ReplyDelete
  2. masalah mughal sama dgn masalah semua pemimpin dan pemerintah yg kat atas lama sangat.
    setelah 300+ tahun control india (termasuk pakistan, bangladesh, afghanistan hari ini), mereka khayal - dia ingat sampai kiamat pun akan terus perintah.

    hidup mewah syiok sendiri, saonglap duit rakyat. jika anda google 'mughal jewelry', akan nampak harta yg mereka kumpul. termasuk koh-i-noor, masa tu diamond terbesar di dunia.

    istana mereka di india jika anda nampak pun takut. sama saiz klia setiap satu (red fort di old delhi, dan agra fort di agra - sebelah taj mahal).

    dah mati pun mereka buat istana! makam humayun (the red taj mahal) di new delhi, dan taj mahal sendiri.
    rakyat kena bayar cukai tinggi nak sustain cara hidup mewah mereka.

    sultan paksa minoriti dgn menekan rakyat hindu, tak kisah semua rakyat miskin, asal aku gemok kenyang.

    baca buku The Last Mughal, baru kamu tahu cara mereka dipijak british conqueror of india. the best guns and technology always win! (the british ruled the world becos they have the biggest ships with the biggest guns. the most disciplined army with the best cannons and gunsm mamat mughal hayal dgn wine, poetry and women di istana mewah).

    lihat youtube ni - before and after - pakai crown diamond dan emas, baju pun emas.
    lepas tu mati papa kerana candu setelah di exile di burma (sebahagian drpd british empire dulu). isterinya pun jadi makcik miskin.

    http://www.youtube.com/watch?v=hMWrkyRvWcg

    ReplyDelete
  3. pok cik, there is a legend/curse about the koh-i-noor. my old man told me, it could be an interesting subject for your next edition. i will let you do a bit of reserch first la. them can compared with my family verbal account.

    ReplyDelete
  4. bob,
    tunjuk link jika ada sir.
    maybe it's true too.
    the last mughal king, kesian. koh-i-noor dirampas daripadanya, diamond itu kini disimpan di englang. lepas tu empire englang pun collapse.

    ReplyDelete