Dah nak masuk Tahun Baru Naga dalam dua-tiga bulan ni, sibuk mint satu dunia keluarkan syiling naga. Mint Malaysia bagaimana? Time to make big money.
Di Perth Mint, seperti cerita lama dulu, mereka dah mula keluar macam-macam.
Saya dah beli gold gilded silver dragon dan red dragon (keduanya 1oz), tapi belum mampu nak beli 1kilo dragon bermata delima.
Dan seorang rakan, baru balik dari Brisbane - katanya sempat belikan saya Perth Mint 1oz dragon silver coin. Walaupun 300,000 keping syiling dikeluarkan dah berjuta orang berebut sehingga payah nak dapat.
Sehingga orang sebut dia sebagai 'rare' - walhal 300k dijual dan baru berumur beberapa bulan.
Di ebay, harga dah naik sikit, S$160/RM385 (lebih kurang). Harga baru keluar dulu - tiga bulan lalu jika tak salah - ialah sekitar S$120/RM300.
Rakan saya ni kata beliau dapat harga ori ni lah di Brisbane! Dan saya beli tiga biji.
Kalau betul saya dapat, yahoo.
KINI, pandai Perth Mint nak buat duit lagi.
Depa baru announce Baby Red Dragon silver coin (half oz) GAMBAR. Boleh beli satu saja jika anda member - mudah nak jadi member - just sign on as member online.
TAK MAHU kalah, Singapore Mint, buat pertama kali mengeluarkan gold-gilded silver coin 1kilo. Dan matanya Swarovski Crystal merah. Wah GAMBAR.
Problemnya ialah harga - wayyyyyyy overpriced. At S$3,500/RM8,400.
Dia pandai, macam dulu jual 5oz silver dragon. Hanya 388 syiling ni dikeluarkan, agar ada rarity factor dan orang berebut. Nasib baik sempat beli 5oz ni (walau wayyyyyyy overpriced) sebab dah habis.
SingMint masih menjual 20gm silver coin (less than 1oz. 1oz=31.3gm), saya dah sempat beli juga. Masih ada, mintage 8,888 pieces.
DI beberapa mint lain, dragons are the flavour.
Hanya sekali dalam 12 tahun, dan naga dilihat sebagai most auspicious of all the 12 zodiac animals.
Kita nak percaya atau tidak tu tak kisah. Saya cuma suka dengan naga ni, dan kita main permainan market orang, dan ia bukan benda yang dilarang. Di luar tu ada banyak coin dan banknote jenis 'agama', saya tak beli tu = patung Buddha, atau scenes from the Bible. Mahupun khazanah dari Israel = coin Israel ni cantik-cantik. Cuma ada simpan banknote Israel yang terbaru (2008), apabila saya masuk negara itu dulu - ia jadi kenangan. Hodoh banknote ni, berbanding wang kertas mereka yang lama.
Dargon coin yang paling banyak dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint - nice designs tapi semua wayyyyyy overpriced.
Unkerr salaryman manyak susah nak beli coins, atau new bungalow by the sea di Tuscany, Italy. Salah satu design coin itu ialah lapan-bucu = lotus shape, dia copycat China coins lotus-shaped yang begitu popular.
Di London Mint pula - hahaha. False hope. Mereka tak pandai buat duit.
British ni bila dia kata dragon coin ialah traditional St John (on a horse) slaying the dragon coin. Design baru ni cantik - dragon dah gemuk sikit sebab kuat makan Macdonald's burger.
TAPI ingat ya. Jika kamu nak masuk hobby giler ni:
1) Duit gaji akan habis gitu saja. Jadi kena simpan dulu beberapa bulan, sebelum beli sesuatu.
2) Jangan sibuk beli kerana nak untung. Jika niat kamu nak bikin duit, kamu tak akan enjoy coins, banknotes, stamps, postcards, toys, watches, etc sebagai a form of art (seni), folk art (seni tradisional), sejarah negara dan sesuatu bangsa itu dan peristiwa dalam sejarah.
Saya beli banknote Costa Rica ni setahun dulu. Murah (lupa harga, S$5?), tapi punyalah cantik!
Miniature painting.
Yang ini pula saya beli kerana nilai sejarah Genghis Khan, bukan teringatkan Altantuya.
Juga murah (S$3?)
Di depan gambar Chingis (atau Genghis) - atok moyang Shah Rukh Khan dan saya (orang Mughal).
Di belakang, gambar Ger - rumah tradisi kebanggaan orang Mongolia hingga kini. Ger being transported in the old days. Bullock-drawn ger.
Dulu Chingis conquer satu dunia, ger beliau dibawa begini.



orang melayo kat sini sibuk sesama sendiri. ko islam ke atau aku yang lebih islam... macam cerita labu labi je... aku pijam kepala bakap ko, ko pijak kepada bapak aku...
ReplyDeleteI have the Canadian Mint silfer drag coinie -with red swarovski I think. Forgot which year pulak, but it's such a gem cos I like red and swarovski put together. Looks glam. But dah lama tak belek my drag silfer coinie, must try to look at it again :/
ReplyDeleteI also like the Perth Mint colored dragon edition, tapi in Gold. Not cheep ofcos! but would be nice to have and to hold...till death do me and my coins apart.