Wednesday, May 23, 2012

Rancangan TV baru, The Dealers



TRAGEDY

RIP Andy, Maurice, Robin.
Fare thee well, Barry.












---------------------------------------------
REALITY

Another day, another reality show.
Yang ini agak menarik, di Discovery Channel di Temasek - saya pun kebetulan masuk saluran ini tadi di Starhub cable TV.
The Dealers.


Lima orang dealer barangan mahal - collectibles orang kaya. Anda bawa apa saja dan cuba jual barangan anda kepada mereka.

Kalau mereka tertarik hati, mereka akan buat offer. Jika tidak, sila bawa balik pulang barang antiq anda.
Yang saya nonton tu, ada nak jual masks dari Afrika, bendera Amerika yang pernah dibawa ke bulan, senapang antique. Harga yang diminta tinggi, jadi tak dibeli dealer. Cuma mask Afrika tu dibeli sebab harganya murah juga.



YANG ini pula.... banyak silver collection Abang.... kasi alamat 'Bang. Nanti Adik datang bawak parang!
Saya diberitahu baru ni ada seorang tycoon Malaysia terkenal yang tinggal di KL. Jika saya sebut namanya, anda gerenti tahu. Beliau dulu bos syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ada bangunan besar dulu di tengah KL yang ada nama syarikat itu.

Tiga perompak masuk rumah tycoon ni waktu malam. Pokol maid dia lalu naik atas banglo itu.
Dipecahkan pintunya nak masuk.... tiba-tiba 'Boom!'.
Tercampak seorang mati, kena tembak pistol.
Yang lagi dua calibut lari....



SEMENTARA itu, malam ni gol-sil terus collapse kerna khuatir tentang ekonomi Greece dan Eropah.
Saham sedunia pun lemah semangat - semua merah Rabu ni.
Emas dah cuba nak naik ke ATAS 14-day simple moving average (SMA), tapi Perak terus main jauh di bawah 14-day SMA.
Kedua-duanya terus JAUH di BAWAH 200-day SMA.

Euro di tahap paling rendah tahun ini berbanding US Dollar.
Kesian tite terus sakit kena makan Panadol Extra.







Saturday, May 19, 2012

RARE - Singapore $1,000 Specimen note

JANGAN HARAP EMAS-PERAK NAK NAIK!

Membaca cerita ini, unkerr jadi gerun. Apa akan jadi kepada ekonomi dunia jika China slows down?
Apa akan jadi kepada emas-perak?
Harga minyak saja, kita boleh lihat dah jatuh teruk ke US$90++ satu tong.

-------------------------------------------
YUSOF BIN ISHAK NOTE

Sejak emas-perak ni macam hidup segan mati tak mahu beberapa bulan ni, ramai dah putus asa.
Nak jual tak boleh, sebab kita beli di harga tinggi dulu.
Nak beli, tak pasti akan terus jatuh atau tidak. Lagipun ramai dah hilang semangat.
Lalu saya main game lain.
Saya masuk pasaran banknote dan coins. Kumpul kecik2 mengikut gaji bulan.




Saya pernah cerita tentang Singapore SPECIMEN $10,000 banknote, bukan wang kertas betul.
SECARA UMUM (mungkin salah, ini dongeng yang saya faham):
Sebelum wang kertas siri baru dikeluarkan, bank pusat sesebuah negara akan buat test note dan specimen note. Diedarkan secara senyap kepada para pegawai bank tinggi (saya rasa pak menteri Kabinet pun diberi-lihat juga) agar tak terkejut bila benda ni keluar kelak.
Mereka dibenarkan komen - takut ada element dalam wang kertas tu yang dirasakan tak kena, atau ada mistake yang tak disedari.



Untuk para collector, benda ni pun orang collect!
Kan saya dah kata, ini hobi orang gila.
Agaknya bila semua harga banknote dah naik tinggit sangat, kita berebut collect surat khabar lama pulak! Lepas to berebut collect Used Toilet Paper. Ak ak ak.

Kerana wang dengan nama 'Specimen' ini sikit saja, maka collector berebut juga nak beli.
Untuk Specimen note Singapore ni - GAMBAR Presiden Yusof bin Ishak, presiden pertama Temasek - jika tak salah hanya 2,000-2,500 keping dikeluarkan.
Baik yang $10,000 Specimen mahupun yang $1,000; iaitu limited edition.
Jadi nilainya tinggi dari mata collector yang tak siuman.

Wang cash $10,000 Singapore (cash, bukan Specimen) - seperti Brunei$10,000 cash - ialah matawang nilai tertinggi (face value) di dunia, dalam US-Dollar.
Nilai tertinggi satu banknote Malaysia kini ialah RM100 (yang RM1,000 dan RM500 dah ditiadakan).
Memang Zimbabwe dulu ada wang 100 billion, tapi harganya jika ditukar ke US$ hanya berapa sen saja (kini dah jadi collectors item juga!).



WANG Specimen S$1,000 ni ada cerita menarik, yang saya dengar dari para dealer dan baca di Internet.
(jika anda dengar cerita yang lebih tepat, sila beritahu).
Walau dulu keluar berjumlah 2,000-2,500, katanya kini hanya 400-500 di dunia.

Anda lihat GAMBAR note tu -- kan nampak perforated holes, banyak lubang yang ditebok di note itu yang meng-eja perkataan 'SPECIMEN'.
Menurut dongeng, ada Temasekian yang menutup lubang2 tu (tak tahu gunakan glue atau kertas....), lalu masukkan Specimen note itu ke dalam ATM nak masukkan dalam akaun simpanannya.
Terus kena cekup! Hee, bengapnya.
Esok lusa, government announce nak tarik balik semua Specimen $1,000. Tak semua orang pulangkan note itu. Kini dah tak jadi Most Wanted lagi.
Unkerr kini dapat salah sehelai note itu.

Jika anda masuk ebay dan taip 'Singapore Specimen $10,000' ada banyak orang nak jual.
Taip 'Singapore Specimen $1,000', hmmm, payah nak jumpa. Yang ada, harganya menakutkan kerana note ini dah masuk tahap RARE.

TAMBAHAN: Kadang masuk RARE ni bukan sebab sikit benda tu kat dunia. Tapi sebab semua yang ada tak mahu jual.
Sama seperti banknote unkerr China Year 2000 Commemorative Note gambar Dragon. Ada berjuta-juta kat luar tu (saya rasa ada 5juta) dan baru 12tahun keluar.
Tapi kerana semua pemilik payah nak dipujuk jual, terus bertukar dari biasa, menjadi SCARCE, VERY SCARCE, terus masuk RARE dalam dua tahun unkerr miliki.





Saturday, May 12, 2012

Tragedi setiap Mei

Sejak saya dulu mula buat liputan pasaran kewangan, kata-kata di atas tu sungguh menakutkan untuk pemain saham, bond, futures, forex, energy, commods etc.  

Bulan Mei ialah dah masuk Spring season menuju ke Summer. Dan biasanya ia musim cuti sekolah di Eropah dan Amerika. Jadi masuk hujung April saja, mamat pasaran akan mula dendangkan lagu Sell In May And Go Away.
Maksudnya setiap tahun, sebelum mereka gi cuti panjang pertengahan tahun, fund managers, traders, investors, speculators akan tutup position dalam pasaran.
Mereka akan jual apa yang mereka pegang dalam pasaran, agar dapat cuti dengan tenang. Cogankata ni nampaknya berlaku lagi kali ni!
Hancus emas-perak, oil-gas, saham, malah euro juga.



Untuk wong cilik yang tak ada position, bulan Mei ini ialah bulan NAK BELI. Orang panik jual, kita masuklah beb.
Emas kini di bawah US$1,600 an ounce.
Perak di bawah US$30 per oz.
Nasib baik unkerr dah jual banyak emas dan perak masa March lagi, walau, cakap benar, saya tak tahu pun harga akan terus collapse begini.

SingDollars kini tertinggi dalam 10tahun berbanding Euro. Dan bila saya tukar matawang SingDollars kepada Ringgit minggu lalu, dapat S$1 = RM2.4350.
Lemah ringgit -- ada baiknya kerana merendahkan harga eksport Malaysia agar ekonomi tetap kukuh. SingDlrs naik sebab ramai specu-vestor lari dari keparahan ekonomi Eropah dan teka-teki ekonomi Amriki, China, malah India.
Begitulah permainan pasaran ni.

(Cerita sama di blog Remgold. Saya tampal kat sini sebab kasihan blog ni dah lama tak update).

Saturday, April 28, 2012

Mak! Banyaknya Naga kejar aku!

Dah beberapa bulan masuk Tahun Naga ni, Australia's Perth Mint masih keluarkan pelbagai warna dragon coins.
Saya dah jelak dah ('wek, wek, wek' - muntah, off-camera), dan market pun dah tak gian lagi dragon coins sebab dah terlalu banyak negara keluarkan.






Nak lain sikit, mamat Perth Mint, kilang wang privet yang pandai berniaga syiling emas-perak, jual Wali Songo coins - sembilan coin dragon berwarna warni, dengan satu hanya perak tulen) = 10-coin set. Mulanya fikeluarkan untuk pasaran China saja.
Tapi kini diperluaskan.





Dan bila ada coin show, depa keluarkan coin naga yang warnanya lain. Nak menarik pembeli.
Murah sebenarnya nak mint syiling ni - sebab designnya sama (tak payah tukar moulding) - naga lagi sengeh, cuma warnanya berlainan. Naga purple untuk coin show lain pun ada.






CANTIK, tapi untuk coin purists, pada mereka syiling yang gunakan warna, mereka pandang rendah. Sama ada coin emas atau perak, pada mereka tidak patut diwarna-warnikan. Katanya jika nak dileburkan kelak (melting) warna ini boleh merosakkan proses itu. Tak tahulah hamba sebab hamba collect ni nak simpan hingga maut, atau dijual sebelum itu. Bukan nak dijual dan dileburkan.

Antara coin naga 2012 yang agak unik ialah yang di bawah ni. Syiling ada jade putih-hijau. Tapi mahal sakan untuk beratnya yang hanya 2oz. Harganya di sini.
Keluaran negara Laos, ia diperbuat di Singapore Mint (pandai juga berniaga mamat Singapork ni).




Monday, April 23, 2012

Perak - maghrib menuju dinihari, jumpa pontianak

Baru tengok medium-term chart silver setelah Akak Perak jatuh teruk malam ni, 3 peratus.
Juga tengok chart Abang Mas.
Waduh, pak!
Nampak teruk benar.


Saya tak pandai sangat baca chart ni. Tapi secara umum, anda sendiri boleh nampak pattern dalam chart enam bulan di atas ni - dari website ini, Silvercharts.org.
Antara November dan Januari - kamu perhatikan ia terus jatuh dan jatuh.
Dari Januari dan hingga March, ia naik dan naik.
Dan kini! Secara kasar pun, kita boleh lihat - nampaknya Akak akan terus terpeleset masuk longkang.
Bak kata chartist 'it's in a downtrend channel'.
Saya tak pandai nak draw pakai software - tapi jika kamu draw the upper daily prices setiap hari, dan lowest daily prices, nampak longkang menuju ke bawah.
Lebih menggerunkan, takut pulak turun bukit ni, kat dalam hutan tu ada Pontianak mata juling. Terus kena mamam, inna lillah....



KALAU nak lihat orang main conteng-conteng line dalam charts, baca sini, gold-eagle.com.
Mamat ni bullish mana pun, kamu boleh lihat sendiri line hitam tu (gold price uptrend) dah mula bengkok sikit ke bawah sejak akhir ini.
Ada tulisan kecil di tepi kiri: EMA = 1,623.90 (exponential moving average). Nampaknya paras ini (1,623.90) lebih RENDAH daripada harga malam ni. Macam nak terus lemah beb.

Thursday, April 19, 2012

$1 bertukar jadi 1 RINGGIT, sebelum pupus

Saya beli beberapa biji syiling lama RM1 Malaysia dan $1 Singapore.
Lepas tu petik gambar dengan niat nak letak dalam blog ni.
Petik punya petik, baru terkejut berok.
Eh! Ternampak benda yang tak sangka ada di depan mata selama ini!




Coin dan banknote pertama Singapore dikeluarkan pada 1967.
Sebelum itu, ia menggunakan nama Straits Settlements.
Matawang Malaysia pula dulu juga Straits Settlements, lepas tu bernama Malaya and British Borneo.
Coin pertama keluar tahun 1971.
Coin warna keemasan dan kecik sikit keluar kali pertama pada 1989.



Yang mengejutkan unkerr ialah tulisan atas coin tu yang saya baru sedar.
Memanglah dulu S$1 = RM1.
Tapi rupanya coin Malaysia dulu pun bertulis '$1' - sama besar dengan '$1' di atas syiling Singapore.
Lepas tu bila wang warna emas tu keluar, juga bertulis '$1'.
Ini, saya tak tahu bila, bertukar lepas '1 RINGGIT' (GAMBAR internet).



Hee, sorry ah, orang biasa macam kita sibuk beli teh tarik, kueh dan bak kut teh, takde masa nak belek coin!
Well, you learn something every day.
Adik Niew dan lunaticg, jika tahu sejarah bila dan kenapa ditukar, sila bawa cerita. Yang saya ingat ialah Anwar Ibrahim, ketika jadi Menteri Kewangan dulu, yang pertama kali kata nama 'Ringgit Malaysia' kini dipanggil 'RM'. Lupa tahun berapa, tapi saya tahu ia dalam salah satu pembentangan Bajet tahun itu.

ANYWAY, enjoy the pictures.

Sunday, April 15, 2012

Jika China, Eropah s l o w, kita bagaimana?

Seram sejuk saya baca berita kewangan beberapa hari ini.
Ia berkaitan terus kenapa emas-perak jatuh teruk minggu lalu, dan harga minyak jatuh teruk juga.

Ekonomi China, salah satu superstar di dunia kerana berkembang dan terus berkembang sejak 15-20 tahun, nampaknya dah mula slow.
China ekonomi kedua terbesar selepas USA. Jepun di tempat ketiga.
USA ekonominya hidup segan mati tak mahu.
Jepun dah lama koma.
India pun, kerana skandal corruption demi skandal, dah slow. Ditambah inflasi tinggi.


Dunia berharap China terus berkembang pesat, tapi itulah namanya ekonomi. Ia tak boleh terus kuat. Kadang sakit juga nak terus naik tangga.
Nampaknya kini macam akan sakit jantung.
Untuk collector seperti saya, dah pun nampak China ni mula slow: Barang collectibles China seperti coin emas dan silver panda, banknote, setem dah mula kurang panas.
Harga belum collapse, tapi dah mula sendat tak boleh naik lagi. Dalam auction dua auction-houses besar di Temasek, Mavin dan Monetarium, coin serta barang antik China dah tak hot macam dulu lagi. Orang dah mula bisik: Kita tunggu auction 3bulan lagi, tentu lebih murah.
Baca sini, sini dan sini: kekhuatiran dunia tentang Dragon Economy ni.
GAMBAR HIASAN: Bimetal coin, emas dan perak, dari Russia (symbol double-headed eagle). Payah wor nak mint duit dua-metal ni, sebab different melting temperatures.

EROPAH pula kau jangan cakap lagi.
Kita ingat dah buat bailout Greece dulu dah OK dah.
No way baby.
Kesian.
Makin ramai orang bunuh diri di Greece, Ireland dan juga Italy kerana kesempitan ekonomi. Juga sini.
Kes terkenal di Greece yang menyayat hati: seorang pharmacist tua bunuh diri depan Parlimen. Katanya lebih baik mati daripada kena korek tong sampah orang nak cari makanan.

Kamu yang tak pernah kena buang kerja tak akan faham apa yang berlaku jika dahlah hilang kerja, nak cari makan pun susah.
Saya dulu 8bulan duduk rumah setelah kena retrench tahun 1988 (kamu belum lahir pun). Nasib baik bini kerja masa tu.
Dah hujung 6bulan tak dapat kerja juga, mula makan nasi, lauknya ikan bilis dan kicap.
Kamu enak-enak dah pinjam duit PTPTN tak mahu bayar heh.



TENGOK CHART
Harga emas dan perak terus di bawah 200-day moving average, MA (Line Hijau).
Eh! Tapi 14-day moving average (Line Biru) nampak dah kena Daily MA - ada harapan kukuh sikit.
Maknanya short-term outlook (dua minggu) mungkin rebound naik, tapi medium term (200days = 6bulan setengah) outlook tak ada harapan.
Kerana orang takut ekonomi duit akan makin lemah keseluruhannya akibat serangan jantung China dan Eropah.


Untuk long-term players, inilah masa membeli emas dan perak. Tapi kena harap TAHUN DEPAN baru nak naik, bukan bulan depan.
Bila Line Merah (Daily MA) dah atasi Line Biru tu, ada harapan sikit, joe. Tapi nak kena lewati atas Line Hijau baru nak masuk bullish momentum yang kuat.

KITA harap ekon China-Eropah ni jangan lemah sangat. Takut jejas ekon kita di sebelah sini.